Sunday, 23 October 2011

SEBELUM PENAMAT TAHUN 2011

Alhamdulillah, di kesempatan ini saya dapat menulis blog. Pada awalnya saya menulis blog  khusus berkaitan pendidikan dan politik tanah air, namun saya berpendapat tulisan blog sepatutnya bersifat dairi dan dimasukkan juga unsur-unsur ilmiah. Saya suka kalau setiap perkataan yang ditulis dalam blog ini lebih ke arah pengajaran dan ingatan memori kita sepanjang tahun, maklum sahaja tugasan di tempat kerja harus diutamakan. Lantaran itu, saya mulai tidak mempunyai masa lapang yang mecukupi untuk menulis blog. Saya harus akui kelemahan menguruskan masa dengan baik, masa tugasan saya dapat lakukan, masa bersama keluarga tidak saya kurangi dan cuma masalah untuk melayari Facebook dan Blog kerana masa diuruskan dengan perkara-perkara penting.

Kesihatan saya pun pada awal tahun mulai merosot, Alhamdulillah, selepas raya september lepas saya bertenaga dan kesihatan bertambah baik untuk melaksanakan tugasan dan kerja harian saya sebagai suami, bapa, anak dan penjawat awam. Tatkala itu saya mempunyai keazaman untuk menulis blog dan melayari Facebook. Saya dapati keseluruhan kehidupan masyarakat di dunia dewasa ini melayari internet sebagai satu medan asas pertemuan dan perhubungan. Sempat juga saya melayari laman-laman di internet yang berkaitan fizikal, sosial, mental dan kerohanian serta intelek. Tetapi ada yang kurang saya gemari dan lebih banyak negatif waima manfaat daripada penggunaan internet tidak saya nafikan.

Sebelum tahun ini melabuhkan tirai.... saya terfikir apa yang boleh disumbangkan kepada negara walaupun sebagai kakitangan awam telah saya laksanakan tugas namun sumbangan lain kepada masyarakat perlu juga diberi tumpuan atau perkongsian ilmu dengan masyarakat setempat. Saya masih memikirkannya lagi...