Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tidak menulis pada blog ini, ternyata saya begitu sibuk. Alangkah baiknya sekiranya dapat seperti rakan2 blogger yang lain, menulis catatan dan menambah widget terbaharu...
Januari 2012 telah berlabuh, kini menuju ke Februari... pantasnya masa berlalu, tanpa menoleh ke belakang kini saya cuba memajukan diri dalam kerjaya sebagai seorang guru. Saya juga kini aktif dalam pertubuhan sosial di sekitar Johor... InsyaAllah pada masa hadapan saya akan dapat menambah kenalan dalam hidup ini.
Alhamdulillah, sokongan tidak berbelah bagi isteri dan anak membuat saya bertambah bersemangat untuk mencapai kejayaan pada tahun ini, InsyaAllah. Tatkala itu juga, saya berpandangan agar kehidupan ini mesti terus ke hadapan tanpa memikirkan hal yang lalu... kesilapan diri telah diperbaiki, kini cuba jadi yang terbaik... IBU BAPA turut memainkan yang penting dalam kejayaan saya... tanpa mereka siapalah saya... dan keberkatan daripada YANG MAHA ESA sangat penting untuk memudahkan saya menjalani ujianNYA dengan istiqamah dan sabar... Usaha dan doa satu eleman penting dalam saya memastikan keseluruhannya berjalan dengan lancar waima banyak ranjau perlu diharungi...
Friday, 3 February 2012
Sunday, 23 October 2011
SEBELUM PENAMAT TAHUN 2011
Alhamdulillah, di kesempatan ini saya dapat menulis blog. Pada awalnya saya menulis blog khusus berkaitan pendidikan dan politik tanah air, namun saya berpendapat tulisan blog sepatutnya bersifat dairi dan dimasukkan juga unsur-unsur ilmiah. Saya suka kalau setiap perkataan yang ditulis dalam blog ini lebih ke arah pengajaran dan ingatan memori kita sepanjang tahun, maklum sahaja tugasan di tempat kerja harus diutamakan. Lantaran itu, saya mulai tidak mempunyai masa lapang yang mecukupi untuk menulis blog. Saya harus akui kelemahan menguruskan masa dengan baik, masa tugasan saya dapat lakukan, masa bersama keluarga tidak saya kurangi dan cuma masalah untuk melayari Facebook dan Blog kerana masa diuruskan dengan perkara-perkara penting.
Kesihatan saya pun pada awal tahun mulai merosot, Alhamdulillah, selepas raya september lepas saya bertenaga dan kesihatan bertambah baik untuk melaksanakan tugasan dan kerja harian saya sebagai suami, bapa, anak dan penjawat awam. Tatkala itu saya mempunyai keazaman untuk menulis blog dan melayari Facebook. Saya dapati keseluruhan kehidupan masyarakat di dunia dewasa ini melayari internet sebagai satu medan asas pertemuan dan perhubungan. Sempat juga saya melayari laman-laman di internet yang berkaitan fizikal, sosial, mental dan kerohanian serta intelek. Tetapi ada yang kurang saya gemari dan lebih banyak negatif waima manfaat daripada penggunaan internet tidak saya nafikan.
Sebelum tahun ini melabuhkan tirai.... saya terfikir apa yang boleh disumbangkan kepada negara walaupun sebagai kakitangan awam telah saya laksanakan tugas namun sumbangan lain kepada masyarakat perlu juga diberi tumpuan atau perkongsian ilmu dengan masyarakat setempat. Saya masih memikirkannya lagi...

Saturday, 18 June 2011
BERTEMU SEKALI DALAM BLOG
Alhamdulillah, hari ini bermula jam 1.28 pagi saya membuka akaun blog yang baharu. Agak menyeronokkan untuk mengingat semula perjalanan hidup ini sepanjang 28 tahun. Dari kecil hingga dewasa kini, banyak pengalaman suka duka ditempuh. Ada yang mengatakan "ADA HIKMAH DI SEBALIK APA YANG BERLAKU". Lantaran itu, saya mengambil kata-kata ini sebagai pedoman hidup.
Agak lewat saya tidur pada malam ini kerana masih teringat akan peristiwa lalu. Sewaktu saya masih bujang dan agak bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti, ketika itu saya mengambil peluang untuk mencari seberapa ramai kawan dalam pelbagai NGO, Kelab, Persatuan dan menjadi anggota masyarakat aktif(sepatutnya kini pun sama). Walaubagaimanapun hati ini lemah dengan kehendak semasa dan tidak sesekali menyalahkan pihak lain sebaliknya diri sendiri tidak mampu untuk melunaskan tuntutan yang sewajarnya saya laksanakan ketika itu.
Saya fikir untuk pertama kali saya mengemukakan mukadimah sahajalah dahulu. Ada masa boleh saya menceritakan perihal diri ini untuk dikongsi bersama-sama rakan dalam blog. Selamat Malam semua...

Subscribe to:
Comments (Atom)